HUBUNGAN ANTARA STRATEGI DALAM GAYA PEMBELAJARAN TAHFIZ DAN PENCAPAIAN HAFAZAN PELAJAR

Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri, Mohd Marzuqi Abdul Rahim

Abstract


Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau strategi gaya pembelajaran tahfiz di Institusi tahfiz Malaysia. Kajian ini melibatkan 212  pelajar tahfiz yang mengambil Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM. Instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, sisihan piawai, peratus, ujian-t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan strategi dalam gaya pembelajaran tahfiz al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis data inferensi mendapati perbezaan yang signifikan antara ‘jantina’ dan ‘lokasi institusi tahfiz’ dengan strategi dalam gaya pembelajaran pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kukuh antara strategi dalam gaya pembelajaran tahfiz dengan pencapaian hafazan pelajar. Implikasi kajian telah merumuskan elemen-elemen strategi dalam gaya pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus oleh semua pihak dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti hafazan pelajar tercapai.

Kata Kunci: Strategi pembelajaran, gaya pembelajaran, pembelajaran tahfiz


Keywords


Strategi pembelajaran, gaya pembelajaran, pembelajaran tahfiz

Refbacks

  • There are currently no refbacks.