PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI PERAK

Misnan Jemali, Ab. Halim Tamuri, Azmil Hashim

Abstract


ABSTRAK

Kajian  ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap  proses dan amalan pengajaran tilawah Al-Quran dalam kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa yang melibatkan 1,449 pelajar tingkatan empat SMK di negeri Perak. Instrumen soal selidik dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Enam aspek yang dikaji berkaitan amalan pengajaran guru iaitu; set induksi, ABM, objektif, kaedah, penilaian dan sahsiah guru. Data kuantitatif di analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran Al-Quran di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Perak, dari aspek penggunaan ABM menunjukkan skor min yang rendah,  manakala dari amalan induksi set, objektif, kaedah dan penilaian pengajaran  menunjukkan  skor min pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun sahsiah guru menunjukkan skor min yang tinggi, manakala keseluruhan hasil kajian menunjukkan skor min pada tahap sederhana.  Implikasi dapatan kajian ini kepada universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPI), Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah-sekolah, para pensyarah, guru dan pelajar yang berkaitan  dengan pengajaran Al-Quran turut dibincangkan.

Kata kunci: Pengajaran al-Quran,  guru sekolah menengah


Refbacks

  • There are currently no refbacks.