PEMBANGUNAN KEMAHIRAN ‘GENERIC STUDENT ATTRIBUTE’ (GSA) DALAM KALANGAN PELAJAR DKM 5A, JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Hjh Nor Hayati Fatmi Talib

Abstract


Kajian tinjauan ini bertujuan mengenalpasti tahap ’Generic Student Attribute’ (GSA) dan tahap pembangunannya terhadap 36 orang pelajar semester 5 program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) di Politeknik Banting Selangor. Instrumen soal selidik penilaian kendiri adalah adaptasi Seri Bunian (2012) dengan nilai α= 0.682 sehingga 0.946. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian ’Paired Sampe T Test’ . Kajian mendapati tahap GSA pelajar bagi penilaian ’pre’ 4 domain berada pada tahap sangat membangun iaitu kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran moral dan etika profesional, kemahiran kerja berpasukan, dan kemahiran komunikasi. 3 domain lagi berada pada tahap membangun iaitu Kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran kepimpinan, dan kemahiran keusahawanan. Bagi penilaian ’post’, 6 domain berada pada tahap membangun iaitu kemahiran kerja berpasukan, kemahiran komunikasi, moral dan etika profesional, kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Kemahiran keusahawanan pula tetap berada pada tahap membangun. Analisis perbandingan penilaian ’pre’ dan ’post’ pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap GSA pelajar terhadap 5 aspek iaitu kemahiran komunikasi (t=-4.189, df=35, p=0.000<0.05), pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah (t=-2.743, df=35, p=0.010<0.05), moral dan etika professional (t=-2.637, df=35, p=0.012<0.05), kemahiran kepimpinan (t=-3.694, df=35, p=0.001<0.05), dan kemahiran kerja berpasukan (t=-3.979, df=35, p=0.000<0.05). Implikasinya, kajian memperlihatkan impak peningkatan pembangunan GSA pelajar selepas mengikuti aktiviti pembangunan GSA yang dijalankan. Penelitian harus diberikan kepada perancangan dan pelaksanaan aktiviti pembangunan GSA di Politeknik Banting Selangor aspek keusahawan agar lebih mempunyai impak dalam membangunkan kemahiran keusahawan GSA pelajar.

Keywords


Generic Student Attribute (GSA), pembangunan GSA, Politeknik Banting Selangor

Refbacks

  • There are currently no refbacks.